Pada 27/10/2020 yang merupakan hari kedua kami berada di Pulau Tioman,kami banyak menhabiskan masa kami dengan melakukan aktiviti snorkeling yang merupakan salah satu tarikan utama yang terdapat di Pulau Tioman ini kerana hidupan laut dan terumbu karangnya yang cantik dan warna warni. Pada pagi hari,kami bersiap sedia dengan pakaian renang untuk aktiviti yang bakal kami lakukan pada pagi itu.Sebelum kami membuat perkara lain,kami sarapan di Damai Tioman Resort untuk mengisi kekosongan perut sebelum melakukan aktiviti. Setelah selesai sarapan,kami diberi sedikit taklimat tentang cara-cara menggunakan peralatan snorkeling dan sedikit pendedahan tentang aktiviti yang akan dilakukan.Seterusnya.kami terus ke jeti untuk menaiki bot ke Kampung Tekek untuk mengedarkan survey dan membeli belah di kampung tersebut. Habis sahaja tugasan kami di Kampung Tekek,kami ke Dataran Tiong untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan kami. Disitu lah terdapat tempat snorkeling pertama kami pada hari itu