JENIS-JENIS INTERPRETASI MEDIA DI PULAU TIOMAN
Pada 26 Oktober 2020, saya dan rakan sekelas Dup4 bersama dengan pensyarah program Ekspidisi telah pergi ke Kampung Genting, Pulau Tioman untuk memnugi kehendak subjek dimana kami perlu melakukan Corporate Social Responsibility (CSR) bersama komuniti setempat di Pulau Tioman.Di sepanjang percutian itu,kami dapati terdapat beberapa interpretasi media yang digunakan sepanjang program berlansung.
1.Personal Interpretation
The Rumah Hijau Genting yang merupakan sebuah badan yang cuba untuk membantu komuniti setempat tentang pengurusan sampah yang sesuai dan tidak mencemarkan alam semula jadi.Kami di jemput ke sana untuk mendengar sedikit taklimat daripada ahli The Rumah Hijau Genting berkenaan dengan terumbu karang dan bencana alam semula jadi.
Seperti yang kita dapat lihat Encik Kevin melakukan personal interpretation dengan memberi ucapan tentang hidupan akuatik di Pulau Tioman serta pencemaran yang berlaku secara berhadapan dengan pendengar iaitu kami.Ini merupakan salah satu teknik asas ketika ketika menyampaikan malklumat kepada orang lain.
2.Printed and Graphic Interpretation
Printed and graphic interpretation merupakan cara penyampaian maklumat yang menggunakan bahan cetakan ataupun gambar- gambar yang mempunyai maklumatnya tersendiri.Kebiasaannya ia berada di papan-papan info yang telah tersedih di sesuatu tempat untuk tatapan umum
Gambar di atas menunjukkan beberapa penerangan berkenaan dengan ekosistem di dalam air yang disertakan dengan gambar-gambar untuk menguatkan dan menjelaskan maklumat yang hendak disampaikan.
3.On Site Interpretation
Ketika kami pergi untuk melakukan aktiviti snorkeling,kami melihat satu binaan yang berbentuk burung tiong berwarna hitam.Ini merupakan salah satu interpretasi yang jarang kita perhatikan dimana binaan seperti ini juga mampu menyampaikan mesej yang tertentu kepada orang lain kerana akan binaannya yang menangkap minda4.Electronic Interpretation
Kaedah ini merupakan satu kaedah yang banyak digunakan pada waktu ini kerana penggunaan bahan digital yang semakin meluas dan tiada batasan.Antara alat-alat yang dikategorikan sebagai electronic interpretation adalah camera,lcd,laptop dan lain-lain
Alat ini kebiasaanaya digunakan untuk membuatkan cara seseorang itu menyampaikan maklumat lebih menarik kerana ditambah dengan bahan-bahan yang memudahkan pendengar untuk memahaminya.
Harap entry kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.Sekian terima kasih!
Comments
Post a Comment