AKTIVITI 2: SNORKELING
Pada 27/10/2020 yang merupakan hari kedua kami berada di Pulau Tioman,kami banyak menhabiskan masa kami dengan melakukan aktiviti snorkeling yang merupakan salah satu tarikan utama yang terdapat di Pulau Tioman ini kerana hidupan laut dan terumbu karangnya yang cantik dan warna warni.
Pada pagi hari,kami bersiap sedia dengan pakaian renang untuk aktiviti yang bakal kami lakukan pada pagi itu.Sebelum kami membuat perkara lain,kami sarapan di Damai Tioman Resort untuk mengisi kekosongan perut sebelum melakukan aktiviti.
Setelah selesai sarapan,kami diberi sedikit taklimat tentang cara-cara menggunakan peralatan snorkeling dan sedikit pendedahan tentang aktiviti yang akan dilakukan.Seterusnya.kami terus ke jeti untuk menaiki bot ke Kampung Tekek untuk mengedarkan survey dan membeli belah di kampung tersebut.
Habis sahaja tugasan kami di Kampung Tekek,kami ke Dataran Tiong untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan kami.
Disitu lah terdapat tempat snorkeling pertama kami pada hari itu.Terdapat beberapa pelancong sedang melakukan aktiviti snorkeling dan berkelah di tepi pantai.
Tempat pertama ini tidak mempunyai terumbu karang sebaliknya mempunya ikan-ikan yang bersaiz besar.Untuk penglihatan yang lebih jelas,anda boleh memberi makanan kepada ikan tersebut supaya ikan tersebut datang berhampiran.Walaupun tidak mempunya terumbu karang,ianya merupakan pengalaman yang sangat menyeronokan.
Apabila tengahari,kami pergi ke kawasan snorkeling yang kedua pada hari itu.Sejurus sahaja tiba,saya amat teruja dan gembira kerana dapat melihat bayang bayang terumbu karang di dalam air.Kawasan tersebut merupakan taman laut yang menjadi tarikan pelancong.Tanpa membuang masa,saya mengambil roti yang di isi di dalam plastik dan terus terjun kedalam laut.
Pemandangan yang saya lihat amatlah cantik dan indah.Ikan-ikan mula datang untuk mencuri roti yang ada pada saya.Terdapat banyak spesis hidupan laut yang disitu antaranya ialah ikan nemo landak laut dan lain-lain.Ikan nemo merupakan pencarian utama kami kerana ianya agak susah untuk dicari seperti ikan-ikan lain.Ia cuma duduk di terumbu karangnya sendiri dan tidak menghiraukan roti yang saya bawa.Ikan-ikan disitu juga sangat peramah dan tidak malu untuk menyapa kedatangan kami semua
Setelah 1 jam,kami pergi ke kawasan yang ketiga,Kawasan ini tidaklah begitu banyak ikanya tetapi dari atas kita dapat lihat saiz batu karang yang sengat besar dan cantik.Pada waktu ini ramai yang sudah kepenatan kerana menghabis tenaga dikawasan yang kedua.Tapi apakan daya,hati membuak-buak rasa ingin terjun.Kawasan disitu agak cetek berbanding kawasan yang kedua.Disini tidak la banyak yang saya lakukan kerana saya mula rasa loya kerana terlebih makan.
Dari ketiga-tiga kawasan tersebut,kawasan snorkeling yang kedua merupakan kawasan yang paling cantik dan seronok kerana ikan disitu banyak dan mempunyai hidupan laut yang pelbagai.Secara keseluruhan,saya berpuas hati dengan aktiviti yang dilakukan pada hari itu dan berharap dapat snorkeling di Pulau Tioman lagi pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment