Pada 26/10/2020 kami telahpun ke Kampung Genting,Pulau Tioman untuk melaksanakan program dibawah subjek Ekspidisi iaitu "Let's Go Green" dimana kami dikehendaki melakukan aktiviti yang melibatkan komuniti setempat untuk memenuhi kehendak subjek. Pada petang hari,kami tiba di Pulau Tioman dan terus ke Damai Tioman Resort untuk makan tengah hari dan menyimpan barang keperluan di dalam kediaman kami.Selepas itu kami membawa peralatan mengecat dan barang-barang yang lain ke Sorta Mat Stella Scuba Dive Centre yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki. Apabila sampai ke tempat tersebut,Encik Kevin menyampaikan beberapa maklumat tentang terumbu karang dan pencemaran yang berlaku di Malaysia mahupun luar negara.Banyak ilmu yang cuba disampaikan oleh Encik Kevin tentang cara terumbu karang membiak dan ekosistem yang ada di Pulau Tioman ini.Dia juga banyak memberi mesej yang berbentuk kesedaran tentang pencemaran yang berlaku yang mengakibatkan kerosakan terumbu karang.Mereka
Comments
Post a Comment