AKTIVITI 1: COORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)
Pada 26/10/2020 kami telahpun ke Kampung Genting,Pulau Tioman untuk melaksanakan program dibawah subjek Ekspidisi iaitu "Let's Go Green" dimana kami dikehendaki melakukan aktiviti yang melibatkan komuniti setempat untuk memenuhi kehendak subjek.
Pada petang hari,kami tiba di Pulau Tioman dan terus ke Damai Tioman Resort untuk makan tengah hari dan menyimpan barang keperluan di dalam kediaman kami.Selepas itu kami membawa peralatan mengecat dan barang-barang yang lain ke Sorta Mat Stella Scuba Dive Centre yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki.
Apabila sampai ke tempat tersebut,Encik Kevin menyampaikan beberapa maklumat tentang terumbu karang dan pencemaran yang berlaku di Malaysia mahupun luar negara.Banyak ilmu yang cuba disampaikan oleh Encik Kevin tentang cara terumbu karang membiak dan ekosistem yang ada di Pulau Tioman ini.Dia juga banyak memberi mesej yang berbentuk kesedaran tentang pencemaran yang berlaku yang mengakibatkan kerosakan terumbu karang.Mereka ini juga ada menubuhkan satu badan yang dinama kan The Rumah Hijau yang cuba untuk mengurangkan pencemaran yang berlaku di Pulau Tioman.
Salah satu inisiatif yang dilakukan oleh mereka adalah dengan mengumpulkan botol kaca dan bahan yang boleh dikitar semula untuk dihantar ke kilang pemprosesan semula.Mereka juga rajin untuk memantau keadaan terumbu karang dan hidupan laut disekeliling Pulau Tioman sebagai contoh mereka pernah menyelamatkan banyak penyu dan ikan jerung yang tersangkut di dalam pukat yang dibuang oleh nelayan yang tidak bertanggung jawab.
Selain itu,kami melakukan aktiviti mengecat bangsal yang digunakan untuk menyimpan barang yang boleh dikitar semula.Kami memilih warna biru sebagai warna pilihan kami untuk mengecat bangsal tersebut.
Memandangkan bangsal tersebut tidaklah besar.Kami dibahagi kepada dua kumpulan.Kumpulan yang lain diberi tugasan untuk menanggalkan label pada botol-botol yang akan dihantar ke Johor.
Setelah selesai,kami diberi sijil penghargaan diatas penglibatan kami dengan aktiviti ini.Bagi saya aktiviti seperti ini perlu diperbanyakan kerana dapat memberi kesedaran terhadap penjagaan alam semula jadi yang merupakan tanggungjawab kita sendiri.Sekian untuk entry kali ini.
Comments
Post a Comment