AKTIVITI 3 : BERBASIKAL

Selepas sahaja selesa melakukan aktiviti snorkeling di sekitar Pulau Tioman,kami pulang ke Kampung Genting untuk berehat dan solat asar.Pada petang itu,aktiviti yang bakal kami lakukan adalah berjalan kaki di sekitar Kampung Genting selepas solat asar.Tetapi aktiviti tersebut dibatalkan kerana keadaan cuaca yang kelihatan agak mendung pada petang itu.

Kami pun diberi arahan itu melakukan aktiviti masing-masing setelah aktiviti berjalan ini dibatalkan.Pada pukul 6 petang,kami melihat cuaca disitu agak baik dan membuat keputusan untuk menyewa basikal untuk berjalan-jalan disekitar Kampung Genting.



Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 5 untuk 30 minit untuk sebuah basikal.Setelah menyewanya kami mengayuh basikal disekitar kampung ini untuk menikmati keindahan yang terdapat disekitar kampung ini.Kebetulan pada waktu itu merupakan waktu matahari terbenam dan kami sangat bertuah kerana berpeluang untuk melihat kecantikan pemandangan matahari terbenam di Pulau Tioman ini.


Jadi itu adalah merupakan aktiviti akhir kami pada hari itu,secara kesuluran hari tersebut merupakan hari yang sangat menyeronokan dan tidak dapat dilupakan oleh kami dan kami harap kami dapat datang kesini lagi untuk menerokai kesemua tarikan pelancong yang terdapat di Pulau Tioman ini.

Sekian terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI 1: COORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)

TYPES OF INTERPRETATION MEDIA AT MUZIUM MERSING

JENIS-JENIS INTERPRETASI MEDIA DI PULAU TIOMAN